Potensi 100 Pips Kenaikan Pada EUR/USD Jika Momentum Terus Dikekalkan

467

Matawang EURO terus didagangkan mengukuh berbanding dolar USD berikutan data inflasi Amerika Syarikat memberi isyarat bahawa berkemungkinan bank pusat mengalami kesukaran untuk meneruskan langkah kenaikan kadar.

Jabatan Buruh Amerika Syarikat melaporkan bacaan indeks harga pengeluar untuk bulan Februari mencatatkan kenaikan terendah tahunan sejak Jun 2016 yang lalu dan terus menambahkan lagi faktor kelemahan pada kadar inflasi.

Selain itu juga, perkembangan positif dalam rundingan Brexit turut memberi tempias mempengaruhi peningkatan pada nilai dagangan semasa Euro.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam, kenaikan harga yang diteruskan telah berjaya breakout zon SBR (support become resistance) pada paras 1.13000.

Harga yang membuat kenaikan setelah menyentuh paras Magic Pivot semalam telah melepasi paras resistance MagicR1 sebelum mencatatkan paras ketinggian di paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line penghujung dagangan sesi New York.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan dan masih menguji zon SBR 1.13300 dan menunjukkan sedikit pergerakan menurun menuju ke paras Magic Pivot 1.1315 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga masih meneruskan siri kenaikan harga pada dagangan hari ini, jangkaan harga bakal menguji paras tumpuan di paras 1.13700 sebelum menuju pula ke paras resistance pada 1.14000. Kenaikan harga ke paras tersebut boleh mencecah hampir 100 pips pergerakan harga.

Namun, jika harga kembali melawan arah dan turun semula membuat penurunan, harga berkemungkinan menguji paras tumpuan 1.13000 seterusnya ke paras 1.12700 yang telah menjadi destinasi tumpuan harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk panduan anda menentukan kawalan risiko pada posisi dagangan harian.

Paras support: 1.1291, 1.1253, 1.1229.

Paras resistance: 1.1353, 1.1377, 1.1415.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat