Powell & Putin Bergabung, USD ‘To The Moon’!

396

Keputusan terkini Federal Reserve (Fed) telah memacu raja mata wang US dolar ke puncak ketinggian terbaharu 20 tahun berbanding pesaing utama.

Menyingkap semula keputusan yang diumumkan Fed awal pagi tadi, bank pusat telah memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada julat sasaran 3%-3.25%.

Selain itu, Pengerusi Jerome Powell juga mengulangi kenyataannya sebelum ini untuk terus menaikkan kadar faedah dalam usaha menurunkan inflasi kembali kepada sasaran bank pusat 2%.

Dengan jangkaan tiada pemotongan dilihat akan berlaku sehingga 2024, ia memberi indikasi bahawa kadar faedah akan kekal tinggi untuk tempoh lebih lama.

Ekoran itu, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama, melonjak tinggi pada 111.72 sebelum sedikit susut pada 111.65 pada sesi Asia.

Susulan pengukuhan US dolar, kebanyakan mata wang utama menjunam lebih rendah yang turut dihimpit oleh risiko baharu yang dicetuskan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, di mana tambahan 300,000 rakyat telah dipanggil untuk berkhidmat di Ukraine.

Euro merosot ke paras terendah terbaharu sejak Oktober 2002 dengan didagangkan suram sekitar 0.9810 berbanding US dolar.

Mata wang pound juga tenggelam ke dasar terendah baharu 37 tahun ketika pelabur menantikan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) yang akan berlangsung hari ini (Khamis).

Sementara itu, sentimen berisiko membataskan kerugian safe-haven yen yang didagangkan sedikit berubah menjelang mesyuarat Bank of Japan (BOJ) pada sesi Asia.

Turut menjadi tumpuan hari ini adalah mesyuarat Swiss National Bank (SNB), yang memperlihatkan dagangan swiss franc sedikit berubah.

Dalam pada itu, dolar Aussie dan New Zealand melemah di paras terendah 2 setengah tahun, manakala dolar Kanada pula didagangkan suram di tahap terendah 2 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat