Ringkasan Kenyataan Bank Pusat Kanada Setelah Pengumuman Kadar Faedah Semalam

351

Bank of Canada (BoC) telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah penanda arasnya pada 1.75% seperti jangkaan pasaran sambil terus memantau perkembangan dalam rundingan semula antara Amerika Syarikat dan Kanada dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang kini dikenali sebagai USMCA.

Kenyataan bank pusat menyatakan bahawa data baru-baru ini adalah positif walaupun pada hakikatnya ketidakpastian tentang dasar perdagangan terus menjadi risiko kepada sektor perniagaan. Perkembangan ekonomi global bergerak sederhana dengan ramalan pertumbuhan dijangka perlahan kepada 3.4% pada 2019 daripada 3.7% pada 2018.

Terdapat tanda-tanda ketidaktentuan ekonomi dunia yang semakin meningkat ekoran konflik perdagangan AS-China telah memberi impak buruk kepada permintaan global dan harga komoditi. Penurunan harga minyak mentah mempunyai impak yang besar terhadap prospek Kanada sekaligus mengakibatkan perdagangan dan pendapatan negara Kanada menyusut.

Menyentuh kepada unjuran terhadap inflasi teras pula, bank pusat meramalkan inflasi akan terus kekal pada sekitar 2.0%. Namun terdapat risiko kepada harga petrol yang dijangka melemah jika pertumbuhan ekonomi global masih pada tahap yang membimbangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat