Ripple Terima Lesen Di Dubai, Adakah Ini Sebab Harga XRP Memuncak?

704

“Terbaiklah, Ripple sejak kebelakangan ini memang banyak sangat perkembangan positif.”

Ripple Labs, firma pembayaran blockchain mengumumkan Penguasa Perkhidmatan Kewangan Dubai (DFSA) telah meluluskan penggunaan mata wang kripto XRP dalam Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC).

Selain menandakan satu lagi peristiwa penting untuk ekosistem XRP selepas Hakim Analisa Torres memutuskan aset digital tersebut bukanlah sekuriti pada 13 Julai 2023, perkembangan itu membawa makna DFSA secara rasmi telah mengiktiraf XRP.

XRP telah diluluskan sebelum kejelasan undang-undang dan peraturan ditawarkan oleh DIFC dan perlu diketahui Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan Litecoin (LTC) adalah aset digital sebelum XRP yang diluluskan di bawah rejim aset maya DFSA.

Suka dimaklumkan pemberian lesen kepada Ripple bukan sahaja akan mempercepatkan penggunaan XRP malah memudahkan perkembangan ekosistemnya termasuk membenarkan pembayaran serantau dan kes penggunaan aset maya lain pada XRP Ledger (XRPL).

Sejak pengawal selia di Amerika Syarikat (AS) semakin bertindak agresif terhadap pasaran kripto, Ripple telah memerhatikan Dubai dalam tempoh tempoh agak lama.

Ripple turut memegang lesen lain, antaranya adalah lesen Institusi Pembayaran Utama (MPI) daripada Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) kemudian firma itu kini sedang mendapatkan kebenaran dalam bentuk lesen dari United Kingdom (UK) dan Ireland.

Umum mengetahui Dubai sangat berbangga menjadi salah satu daripada beberapa wilayah yang mempunyai keadaan menggalakkan seperti peraturan, rangkaian luas dan reputasi yang membantu sektor kewangan berkembang maju.

Selepas melepasi $0.62, harga XRP pada masa ini didagangkan pada paras $0.60 dengan modal pasaran $32 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 9.81% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat