Rundingan Brexit ‘Suram’ Jadi Faktor Penurunan GBP/USD

335

Matawang Pound Sterling turut pamerkan penurunan semula selepas risiko kembali membayangi rundingan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK).

Laporan menunjukkan EU tiada perancangan untuk menawarkan konsesi kepada UK dengan tarikh akhir yang ditetapkan oleh Perdana Menteri Boris Johnson iaitu 15 Oktober semakin hampir.

EU bersedia untuk melanjutkan tempoh rundingan sehingga pertengahan November dan bersedia untuk risiko kemungkinan tiada perjanjian (no-deal) berbanding permintaan yang tidak menyebelahi pihak mereka.

Pada carta pasangan matawang GBP/USD, dapat dilihat harga yang mencapai paras ketinggian 1.3000 bergerak mendatar di resistance tersebut sebelum berlaku penurunan harga semula.

Dengan pengukuhan US dolar selepas kenyataan mengejutkan oleh Presiden AS Donald Trump berhubung pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi, harga pada carta GBP/USD telah mempamerkan penurunan harian sekitar 140 pips ke paras 1.28700.

Penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga turut memberi isyarat perubahan trend bearish.

Penurunan harga dijangkakan akan ke paras lebih rendah  menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.27600.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon support pada 1.26700-1.26400 jika sentimen kekal tidak berubah.

Sebaliknya, jika harga kembali bergerak di atas paras 1.29000, halangan MA50 akan diuji sebelum kenaikan lebih tinggi akan menguji semula paras resistance 1.30000.

Kenaikan lebih tinggi melepasi resistance tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru berkemungkinan menuju zon resistance 1.32000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat