Saham Eropah Naik Semula Selepas Jatuh Pada Pembukaan Selasa

49

Pasaran saham Eropah naik semula pada Rabu apabila sentimen geopolitik global sedikit reda seterusnya melonjakkan indeks-indeks saham Eropah dalam pembukaan dagangan pagi, pukul 3 petang waktu Malaysia.

Indeks Stoxx 600 yang menggabungkan 600 syarikat-syarikat di Zon Eropah naik 0.62% setakat pukul 4.08 petang, memulih selepas berlaku kejatuhan dalam sesi dagangan sebelum ini apabila risiko geopolitik tercetus semula selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu melepasi Jepun.

Euro Stoxx 50 pula merekod kenaikan 0.40%.

Walaupun saham Eropah berhadapan dengan pergerakan yang agak mendadak sejak akhir-akhir ini, tetapi keyakinan terhadap ekonomi Zon Eropah kekal kukuh dengan momentum yang semakin meningkat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Indeks-indeks utama seperti CAC40 di Perancis naik 0.44% setakat pukul 4.17 petang, Dax30 (Jerman) naik 0.57%.

Walaupun dengan risiko geopolitik pada Selasa, keadaan semakin reda apabila respon daripada Trump dilihat lebih sederhana berbanding sebelum ini yang berbalas ancaman antara beliau dan Jong-Un.

Di London FTSE100 naik 0.36%, di mana pasaran UK sedang memberi tumpuan kepada rundingan pusingan ketiga antara EU-UK yang berakhir pada Khamis.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat