Saham Pembuat Sarung Tangan Kekal Tenggelam Di Dasar Lautan

1,445

Saham pembuat sarung tangan merupakan antara kaunter yang paling rugi diniagakan pada permulaan dagangan minggu ini setelah pelabur kekal berwaspada terhadap prospek pertumbuhan yang lemah.

Ketika waktu rehat tengah hari, harga saham Supermax Corp Bhd dan Top Glove masing-masing jatuh 10 sen kepada RM2.22 dan RM2.65 yang sekali gus mencatatkan paras terendah sejak 16 bulan.

Selain itu, Kossan Rubber Industries Bhd menguncup tujuh sen kepada RM2.24 manakala Hartalega Holdings Bhd merundum tiga sen kepada RM5.50.

Penurunan harga saham Kossan dan Hartalega juga telah memaparkan aksi terjunan ke paras terendah yang pernah dicapai sejak 21 bulan.

Naib Presiden Penyelidikan Perdagangan Rakuten, Thong Pak Leng berkata kebanyakan pelabur mengeluarkan jangkaan bahawa purata harga jualan (ASP) sarung tangan akan susut lebih rendah.

Dalam pada masa yang sama, pelabur juga menjangkakan keuntungan pembuat sarung tangan berkemungkinan akan tenggelam lebih cepat dari yang dijangkakan pada suku yang akan datang.

Ketua Penyelidikan Perdagangan Rakuten, Kenny Yee menambah bahawa industri pembuat sarung tangan akan turut mengalami prospek pertumbuhan yang perlahan.

Beliau turut melaporkan bahawa aliran penurunan dijangka akan berterusan dek kerana sentimen yang lebih lemah pada sektor berkenaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat