Harga Minyak Mentah Dunia ‘To The Moon’!

365

Minyak mentah meneruskan kenaikan lebih tinggi pada permulaan dagangan awal minggu, dengan pergerakan harga Brent menuju ke paras $80 setong selepas menyentuh paras tertinggi tiga tahun pada awal sesi.

Niaga hadapan minyak mentah Brent mencapai tahap tertinggi sejak Oktober 2018 pada $79.10 setong setelah naik 1.3%.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat meningkat ke paras tertinggi sejak pertengahan Julai, menyusuli kenaikan lebih 1.1% pada pembukaan sesi dagangan hari ini.

Gangguan terhadap pengeluaran di Teluk Mexico susulan taufan Ida telah memberi tamparan besar buat bekalan minyak Amerika Syarikat yang menyebabkannya susut ke tahap terendah tiga tahun.

Selain itu, pengukuhan harga turut disokong oleh jangkaan impak dari lonjakan harga gas yang tinggi, di tengah kekurangan bekalan menjelang musim sejuk terutamanya di Eropah.

Susulan dari situasi pasaran minyak semasa, ia telah mendorong Goldman Sachs menaikkan ramalannya untuk minyak mentah Brent yang dijangka meningkat kepada $90 setong pada akhir tahun ini.

Harga cenderung akan meningkat pada musim sejuk kerana kekurangan bekalan gas global akan meningkatkan penjanaan tenaga minyak, menurut Goldman Sachs.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat