Saham Teratas Warren Buffett 2023 Ada Kena-Mengena Dengan Kripto!

536

“Adakah Warren Buffett dah mula terbuka hati untuk menerima kripto?”

Prestasi terbaik porfolio Berkshire Hathaway pada tahun 2023 ialah bank Brazil Nubank yang bukan sahaja menawarkan produk blockchain malah membenarkan pelanggan memegang dan berdagang mata wang kripto seperti Bitcoin (BTC) serta Ethereum (ETH).

Berkshire Hathaway yang melabur $740 juta dalam bank Brazil telah memegang $840 juta secara keseluruhannya, kemudian saham Nubank pula memperoleh lebih 100% dalam nilai pasaran pada tahun ini.

Sepanjang tahun lalu, Nubank yang mengembangkan pelanggan dan penawaran produk baharunya telah melebarkan sayapnya ke Columbia dan Mexico melalui produk pinjaman peribadi.

Namun perlu diketahui bahawa Warren Buffett termasuk rakan kongsi lamanya bernama Charlie Munger sejak dahulu lagi telah memberi kritikan hebat pada BTC dan kripto lain sambil melabelkannya tidak bermoral.

Bukan itu sahaja, Buffett yang pernah berkata tidak akan membeli BTC turut berpandangan aset digital tersebut sebagai instrumen perjudian dan tidak mempunyai sebarang nilai instrinsik.

Bagaimanapun, Berkshire Hathaway nampaknya menjana keuntungan lumayan daripada sektor blockchain pada tahun ini susulan kepentingan besar diperolehnya dalam Nubank.

Ia adalah petanda sangat positif untuk meningkatkan penerimaan blockchain secara besar-besaran, terutama sekali apabila mempertimbangkan sebahagian besar pegangan Tradfi dalam portfolio Berkshire Hathaway.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat