Sedar Tak Sedar Dah Lebih 800 Pips GBP/USD Melonjak

184

Prestasi yang dipamerkan Pound Sterling menuju penghujung minggu ini agak mengejutkan pasaran apabila berjaya mengukuh semula selepas pada mulanya dijangka untuk terus merosot.

Pengumuman pembelian bon kerajaan oleh Bank of England (BOE), tidak membuatkan Pound melemah, sebaliknya terus mendorong peningkatan mata wang Britain itu.

Penganalisis melihat situasi campur tangan kerajaan UK dalam pasaran dengan mengumumkan pemotongan cukai berskala mega telah mendorong jangkaan untuk bank pusat lebih agresif dalam melaksanakan pengetatan dasar monetari selepas ini.

Namun, buat masa ini Pound masih cemerlang memaparkan pengukuhan berbanding US dolar yang menyusut lemah pada dagangan penutup suku ketiga tahun 2022 ini.

Dapat diperhatikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah melakukakn lonjakan dari zon terendah sepanjang masa 1.04000 sehingga ke paras 1.12000 hari ini, dengan rekod kenaikan lebih 800 pips!

Pada dagangan Khamis semalam, harga papar penurunan di sesi Asia namun disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sebelum harga menyambung lonjakan sekitar 350 pips ke paras 1.11000 pada penghujung sesi New York.

Kenaikan harga telah diteruskan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) ke paras 1.12000 sebelum berundur semula ke sekitar 1.11000.

Dengan corak yang dipaparkan, harga dilihat lebih cenderung untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan 1.12000 dan melanjutkan ke paras 1.13000 sebelum zon 1.14500 menjadi tumpuan seterusnya.

Sebaliknya, jika harga membuat penurunan, zon sokongan terhampir harga terlihat pada sekitar 1.09000 yang sebelum ini menjadi rintangan buat harga.

Penurunan lanjut selepas isyarat bearish dinilai semula bakal menjangkakan harga untuk kembali semula ke zon support 1.04000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat