Sentimen Pasaran: Matawang Terkesan Dengan Lonjakan Harga Minyak!

551

Matawang-matawang yang terkait dengan harga minyak telah menunjukkan pengukuhan pada hari Isnin susulan serangan keatas penapisan minyak Arab Saudi dan hal ini telah merosakkan bekalan penawaran minyak dunia. Disisi lain matawang yen dan Swiss franc juga menunjukkan pengukuhan berikutan kekhuatiran pelabur.

Harga minyak telah melonjak naik ke paras tertinggi sejak bulan Mei pada hari minggu, bukan sekadar itu serangan tersebut juga telah mengurangkan lebih daripada 5% pengeluaran minyak dunia.

Peningkatan harga minyak turut memberi kesan terhadap imbangan pembayaran zon Eropah. Kebanyakkan bekalan minyak dimport dan peningkatan harga minyak telah memberi impak kepada negara zon tersebut. Susulan isu ini, matawang eropah telah jatuh 50 pips semasa pembukaan dagangan. Setakat ini EUR/USD telah susut sebanyak 0.60% kepada 1.1007 setakat jam 10.50 p.m.

Matawang GBP pula telah menunjukkan penyusutan selepas mencatat pengukuhan tinggi pada mingu lepas apabila pasaran melihat adanya harapan UK dan EU akan mementerai perjanjian.

Walaubagaimanapun, sikap optimis pasaran mula mengendur dan matawang Sterling menyusut pada hari ini selepas segelintir pentadbiran EU mengatakan UK masih perlu memperkukuh dan memperhalusi kembali perjanjiannya. Menambah bebanan ke atas matawang GBP ialah laporan yang mengatakan bahawa Boris Johnson akan memberitahu Jean-Claude Juncker bahawa UK tidak akan menerima lagi penangguhan Brexit.

Matawang GBP susut sebanyak 0.68% berbanding US dolar kepada bacaan 1.2415. Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama semakin mengukuh sebanyak 0.42% kepada paras 98.238 setakat jam 10.50 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat