Christine Lagarde Dijangka Akan Meneruskan Pakej Rangsangan ECB?

281

Menurut kenyataan salah seorang ahli Governing Council, Yannis Stournaras pada hari ini bahawa penerus Mario Draghi sebagai pengerusi bank pusat Eropah (ECB) berkemungkinan akan meneruskan pelonggaran monetari dan pakej rangsangan apabila beliau mengambil alih jawatan pada bulan November.

” Terdapat data-data monetari, ekonomi dan fakta kewangan yang menyokong sedikit sebanyak bahawa bakal Presiden ECB, Christine Lagarde akan meneruskan program yang diamalkan sekarang.” – Gabenor bank pusat Greek.

Stournaras merupakan salah seorang dalam kalangan majoriti penggubal dasar yang menyokong tindakan memasukkan pembelian bon dalam pakej rangsangan dan pemotongan kadar faedah. Walaubagaimanapun Draghi mendakwa bahawa langkah tersebut membawa kesan risiko dan ia ditentang oleh segelintir penggubal polisi.

Walaubagaimanapun, menurut Stournaras, setiap langkah mempunyai manafaat dan risiko. Tetapi manfaat daripada tindakan yang diambil lebih besar daripada risiko yang perlu ditanggung.

Langkah tersebut adalah diperlukan kerana inflasi kekal rendah, jangkaan inflasi untuk jangka masa pertengahan juga telah dinilai rendah dan kekal dibawah matlamat ECB. Selain itu, kadar pertumbuhan juga bertumbuh dengan perlahan, menunjukkan ekonomi zon Eropah semakin perlahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat