Sentimen Pasaran Pulih, Dorong Pengukuhan Dolar USD

221

Matawang dolar Amerika Syarikat (AS) diniagakan mengukuh menuju penghujung dagangan minggu ini. Berbanding kesan oleh data ekonomi, pengukuhan USD dilihat lebih digerakkan oleh sentimen pasaran berikutan perkembangan positif dilaporkan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Bacaan akhir bagi pertumbuhan GDP di Amerika Syarikat kekal di paras 2.0% seperti bacaan terdahulu sementara data tuntutan pengangguran AS mencatatkan sedikit peningkatan berbanding jangkaan kekal oleh pasaran pada bacaan sebelumnya.

Dagangan dolar Euro berbanding mencatatkan penurunan ke paras terendah terbaru sejak Mei 2017 berikutan permintaan terhadap USD yang meningkat sementara pergolakan dalam orgnisasi bank pusat Eropah menekan dagangan Euro.

Pound Sterling pula kekal didagangkan lemah sehingga penghujung minggu ini berikutan perkembangan pasif di Britain. Tiada laporan lanjut mengenai parlimen UK dan jalan penyelesaian terhadap isu Brexit masih lagi dilihat buntu.

Dolar Australia turut kekal bergerak lemah dibayangi oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) pada mesyuarat polisi minggu hadapan.

Sementara, dolar New Zealand masih gagal mengekalkan momentum pengukuhan harga susulan keputusan mesyuarat dasar monetari minggu ini yang melihatkan bank pusat mengekalkan kadar faedah di paras terendah sejak penurunan terbesar pada mesyuarat sebelumnya.

Dagangan safe-haven juga mencatatkan penurunan berikutan aliran keluar pelaburan yang menuju ke arah aset berisiko didorong oleh sentimen pasaran semasa yang semakin pulih. Namun, pemain pasaran kekal berwaspada ekoran faktor sentimen yang sentiasa berubah memberi reaksi terhadap perkembangan isu semasa dalam pasaran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat