FTSE Russell Kekalkan Bon Malaysia!

201

Bon kerajaan Malaysia yang sedang disemak semula untuk dikecualikan daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI), telah diumumkan oleh FTSE Russel untuk dikekalkan dalam senarai penanda aras WGBI.

Bank pusat Malaysia akan diberikan masa untuk menyediakan lebih banyak tindakan bagi meningkatkan kecairan dengan disediakan satu lagi kemas kini oleh FTSE Russel selepas semakan interim pada Mac tahun depan.

Sebagai salah satu usaha untuk kekal dalam indeks, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan pada bulan lepas mengenai kaedah-kaedah tambahan untuk memberi lebih banyak fleksibiliti kepada pelabur asing untuk berdagang dalam ringgit dan bagi perniagaan permastautin untuk menguruskan risiko mata wang asing.

Sehubungan itu, pelabur akan diberikan pendedahan dalam memahami kesan praktikal inisiatif bagi meningkatkan kecairan dan akses pasaran oleh FTSE Russell sebagai sokongan kepada tindakan BNM.

Pegangan bon kerajaan Malaysia menyaksikan penurunan sejak akhir 2016 dan jika ia disingkirkan daripada indeks, hampir AS$8 bilion akan keluar daripada Malaysia, memetik kepada laporan Reuters yang menyebut kenyatan penganalisis di Morgan Staley.

Bon Malaysia diletakkan dalam senarai pemantauan berikutan kebimbangan mengenai aspek kecairan pasaran dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan penarafan itu diturunkan.

Malaysia diletakkan pada tahap 2 dan dipertimbangkan untuk diturunkan ke tahap 1 yang akan menjadikan negara ini digugurkan daripada senarai WGBI. Malaysia disenaraikan dalam WGBI sejak tahun 2004.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat