Sentimen Pasaran : US Dolar Mula Mengukuh Semula Selepas Mencatat Penyusutan Sejak Khamis!

322

Matawang US dolar mula bangkit daripada penyusutan pada sesi Asia berikutan kekhuatiran terhadap perang dagang AS-China semakin pudar.

Laporan yang dikeluarkan pada hari ini melaporkan bahawa China menggalakan syarikat-syarikat negaranya agar membeli produk-produk ladang Amerika Syarikat termasuk kacang soya dan khinzir. Dalam masa yang sama China akan mengecualikan barangan komoditi tersebut daripada tarif tambahan.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama semakin mengukuh pada paras 98.208 setakat jam 10.40 p.m. Indeks US dolar telah jatuh sebanyak 0.2% pada hari Khamis.

Disisi lain matawang Euro dan Pound sterling menunjukkah pengukuhan. Matawang sterling naik sebanyak 1.02% kepada paras 1.2458 iaitu paras tertinggi dalam tempoh 7 minggu berikutan terhadap harapan bahawa no-deal Brexit dapat dielakkan.

Matawang euro juga mengukuh walaupun ECB berusaha untuk melemahkan nilai matawangnya dengan pelonggaran monetari. Menurut penganalisis, Jan von Gerich, ‘kami jangkakan matawang euro akan melemah dalam beberapa bulan akan datang dan kami percaya ia terlalu awal untuk bertaruh matawang euro akan terus kukuh,”

Pada hari ini pasaran kewangan China dan Korea ditutup berikutan hari cuti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat