Sentimen Positif Perjanjian AS-China Bakal Dorong Kenaikan Lebih Tinggi AUD/USD

321

Mengimbau kembali apa yang berlaku pada permulaan pasaran awal tahun lalu, pelabur berwaspada jika terjadinya fenomena “flash crash” yang mempamerkan pergerakan besar harga dalam pasaran kewangan.

Matawang US dolar kekal lemah memulakan dagangan tahun yang baru sementara matawang komoditi masih lagi diniagakan tinggi walaupun menunjukkan sedikit penyusutan.

Dolar Australia telah mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi sejak Julai 2019 berbanding USD pada Selasa mencapai paras 0.70300.

Namun harga kembali turun sedikit menuju paras 0.70000 untuk menutup dagangan bagi cuti tahun baru di paras sekitarnya.

Menyambung semula dagangan untuk permulaan tahun yang baru hari ini, harga masih berada di atas garisan sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) jika diperhatikan pada rangka masa 1 jam pergerakan harga pada carta AUD/USD.

Dengan ketiadaan data-data ekonomi pada minggu ini, harga dijangka akan bergerak perlahan sehingga bersambung pada minggu yang berikutnya.

Sentimen perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China kekal positif dengan laporan bahawa perjanjian bakal ditandatangani pada 15 Januari.

Sentimen positif pasaran akan terus menyokong kenaikan harga pada carta AUD/USD pada dagangan selanjutnya. Kenaikan harga bakal menuju zon resistance untuk dagangan Julai 2019 iaitu pada ketinggian paras 0.70800.

Jika harga berjaya melepasi kenaikan lebih tinggi dari resistance tersebut, harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2019.

Sebaliknya jika harga kembali bergerak turun lebih rendah dari garisan MA50 dan juga paras 0.70000, berkemungkinan penurunan ke paras lebih rendah akan berlaku.

Penurunan dijangka akan menuju zon RBS (resistance become support) pada paras sekitar 0.69300 yang menjadi tumpuan pada dagangan Disember.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat