Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

657

Matawang US dolar menyusut pada hari Isnin, berikutan peningkatan hasil bon US telah mula pudar sehingga jangkaan pelabur bahawa Fed akan meningkatkan kadar faedah dalam jangka masa terdekat juga terbatas.

Indeks US dolar berbanding matawang utama sedikit berubah dengan mencatat penyusutan sebanyak 0.17% kepada 92.28.

Indeks US dolar tersebut mengukuh ke paras tertinggi 4 1/2 bulan pada hari Rabu, berikutan peningkatan hasil bon US.

Namun ia, mula memudar selepas data harga pengguna US pada bulan April sedikit tertahan.

Matawang euro mengukuh sebanyak 0.18% kepada 1.1962. Namun matawang ini dijangka akan berhadapan dengan tekanan politik sehingga menyebabkan pengukuhannya terbatas.

Menurut Masfumi, penganalisis, matawang euro mula mengukuh kerana didorong oleh penyusutan US dolar yang sementara. Dalam masa yang sama, terdapat ketidakpastian terhadap politik Itali yang menyebabkan kelemahan dalam pasaran bon Itali.

Matawang yen juga menunjukkan pengukuhan apabila US dolar menyusut sebanyak 0.15% berbanding yen kepada 109.23 setakat jam 9.50 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat