Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Awal Pembukaan Sesi Asia

559

US dolar menyusut berbanding matawang utama lain pada hari Rabu berikutan pemecatan Setiausaha Negara A.S. Rex Tillerson oleh Presiden U.S. Donald Trump.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan susut sebanyak 0.14% kepada 89.57 setakat jam 11.05 pagi.

Trump memecat Tillerson pada hari Selasa disebabkan Trump ingin menggantikannya dengan CIA Mike Pompeo sebagai persiapan rundingan dasar Korea Utara, Rusia dan Iran.

Hal membawa indikasi kurang baik terhadap pasaran matawang dan US dolar. Ditambah pula, matawang US dolar telah menyusut sejak seminggu lalu disebabkan pengunduran penasihat ekonomi Rumah Putih iaitu Gary Cohn daripada pentadbiran.

Selain itu, US dolar juga kehilangan sedikit daya tarikan apabila data inflasi U.S. pada bulan Februari yang dikeluarkan pada hari Selasa sejajar dengan jangkaan. Hal ini menunjukkan Fed berkemungkinan akan mengekalkan peningkatan kadar faedah secarat beransur-ansur.

Dalam masa yang sama, US dolar jatuh sebanyak 0.3% berbanding yen pada paras bacaan 106.55. Bacaan ini jatuh daripada paras tertinggi 2 minggu lalu semalaman disebabkan kerisauan pemain pasaran terhadap skandal poltik di Jepun.

Peningkatan matawang Yen berbanding US dolar pada awal minggu ini telah menyebabkan isu skandal politik Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan sekutunya iaitu Menteri Kewangan Taro Aso semakin pudar.

Fed akan mengadakan mesyuarat berkenaan polisi selama dua hari pada 20 Mac dan bank pusat dijangka akan menaikkan kadar faedah untuk kali pertama pada tahun ini.

Pair EUR/USD naik sebanyak 0.10% kepada 1.2403. Matawang GDP juga naik sebanyak 0.18% kepada $1.3988 berbanding US dolar.

Pair AUD/USD juga naik sebanyak 0.10% kepada 0.7868 setakat jam 11.05 pagi

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat