Sesi Asia: Pergerakan Matawang Dan Emas Menjelang Persidangan Jackson Hole Malam Ini

64

Dolar lemah berbanding yen pada awal dagangan hari Jumaat berikutan sebahagian pelabur mula membeli semula dolar untuk masuk ke dalam pasaran lebih awal menjelang persidangan antara bank-bank pusat di Jackson Hole malam ini.

Sementara pengerusi Federal Reserve, Janet Yellen dan presiden bank pusat Eropah (ECB), Mario Draghi dijangkan akan berucap berdasarkan skirp yang diberikan, para pelabur masih akan meneliti ucapan tersebut bagi mencari sebarang petunjuk terhadap kenaikan kadar feadh US di masa hadapan, tempoh yang akan mereka gunakan bagi mengecilkan penyata imbangan, serta bagaimana Eropah akan mengurangkan ransangan ekonomi mereka.

Yellen dijadualkan berucap pada jam 12 malam ini dan Draghi pula pada jam 3 pagi esok (waktu Malaysia).

Pasangan matawang USD/JPY meningkat 0.09% ke paras 109.66 yen. Dolar telah meningkat sehingga 0.3% minggu ini berbanding yen selepas USD/JPY jatuh ke paras terendah 108.635 berikutan risiko geopolitik yang melanda semenanjung Korea.

Tumpuan para pelabur kali ini telah berubah daripada risiko geopolitik dan ketidaktentuan politik Trump kepada polisi monetari.

“Dengan tema ”memupuk ekonomi global yang dinamik’ di Jackson Hole tahun ini, mungkin tidak ada petunjuk yang segara berkenaan kadar faedah seperti mana yang ditunggu-tunggu oleh semua pemain pasaran.”, kata Yukio Ishizuki, ketua startegi matawang di Daiwa Sekuriti.

Tambah beliau, “Tetapi, ada di antara spekulator mula membeli semula dolar sebelum Jackson Hole, menyebabkan USD/JPY meningkat.”

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang yang lain meningkat 0.15% kepada 93.296 selepas kenaikan dalam hasil bon US.

Matawang Aussie pula turun 0.1% kepada 0.7896 manakala Kiwi (NZD/USD) pula naik 0.03% kepada 0.7212.

Harga kontrak emas bagi bulan Disember di bahagian Comex New York Mercantile Exchange (NYMEX) pula susut 0.04% kepada $1,291.46 per ounce.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang menguat akan mengurangkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin tinggi untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat