Siap Sedia! 6 Airdrops Token Gaming Bakal Dikeluarkan!

749

“Siapa kat sini teruja dengan airdrop token gaming ni? Tapi korang kena kaji juga ye.”

Musim airdrop mata wang kripto memang sedang giat dijalankan di mana ia adalah satu cara projek memberi ganjaran kepada para pengguna awal dan penyumbangnya melalui pemberian token baru dilancarkan sambil menyebarkannya secara meluas bagi tadbir urus decentralized.

Berikut adalah token blockchain disediakan khusus untuk gaming yang terdapat beberapa airdrop cukup menarik dalam beberapa bulan akan datang.

Xai

  • Rangkaian gaming layer-3 dibina di atas Arbitrum yang merupakan rangkaian penskalaan Ethereum layer-2.
  • Dicipta bersama pembangun Arbitrum Offchain Labs, rangkaian Xai mengeluarkan token XAI pertamanya kepada pemilik projek non-fungible token (NFT) tertentu termasuk pengendali nod Sentry yang beli Sentry Key.
  • Kira-kira $70 juta token diedarkan dalam airdrop pertama pada 9 Januari 2024 dan lebih banyak dijangkakan pada airdrop “Season 2”.

Pixels

  • Gaming paling heboh pada sidechain Ronin Axie Infinity untuk Ethereum secara rasmi telah mendedahkan rancangan airdrop mereka.
  • Pengasasnya Luke Barwikowski gunakan pendekatan “play-to-airdrop” di mana game itu akan beri manfaat kepada pemain yang selesaikan tugas mencabar atau sumbang pada pertumbuhan ekosistem.
  • 7,000 pemain teratas di leaderboard pada 19 Januari 2023 akan layak untuk token bersama-sama 1,000 pemain rawak yang lain.

Portal

  • Token gaming multi-chain direka untuk merapatkan jurang antara games Web3 merentasi pelbagai blockchain.
  • Memberi insentif kepada pengguna kripto untuk memperoleh kredit ke arah airdrop melalui penciptaan, berkongsi dan berinteraksi dengan content Twitter yang telah mereka melakukan secara beramai-ramai.
  • Kebanyakan pasukan datang daripada pasukan Creepsz NFT di SuperDuper, mereka telah merekrut co-founder Rockstar Games dan penasihat lain kemudian membariskan sekutu seperti agensi bakat utama WME serta pasaran NFT Magic Eden.
  • Airdrop akan berlaku pada Januari 2024 susulan tempoh prajualan baru-baru ini dan pelancaran versi terkini pengalaman airdrop farming.

Saga Protocol

  • Rangkaian blockchain baharu direka khusus untuk gaming, jadi cara dapat airdrop pada masa hadapan mungkin melalui bermain game.
  • Saga pada Disember 2023 melancarkan melancarkan kempen “play-to-airdrop” merentas beberapa games dijalankan di tesnet.
  • Rebecaan Liao, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saga berkata sesetengah pemain mungkin memperoleh airdrop berganda susulan game dijangka lancar token sendiri dan berikannya kepada pengguna awal.
  • Beberapa pengguna di Polygon, Avalanche, Cosmos dan Celestia juga akan layak untuk menuntut token dalam airdrop.
  • Mainnet Saga bakal disiarkan secara langsung pada musim bunga 2024 dengan lebih banyak pertandingan mungkin berlangsung dalam beberapa bulan akan datang.

Mixmob

  • Platform gaming Solana Mixmob rancang melancarkan airdrop untuk token MXM mereka susulan pelancaran Racer 1 iaitu game perlumbaan mudah alih berasaskan kad pada iOS dan Android.
  • CEO Mixmob Simon Vieira akan menyiarkan token kepada ahli komuniti aktif dan pemain yang menggunakan ciri perlumbaan, rujukan atau staking.
  • Mismob rancang menawarkan airdrop eksklusif untuk pemilik telefon Solana Saga termasuk kejohanan eksklusif dan faedah lain untuk pengguna itu.

Notcoin

  • Projek gaming yang dijalankan pada aplikasi pemesejan Telegram telah kumpul lebih 5 juta pengguna dalam masa seminggu.
  • Yayasan TON yang menyelia rangkaian dibina oleh Notcoin berkata pasukannya rancang untuk melancarkan token itu.
  • Itu petanda cukup baik bahawa beberapa jenis airdrop sedang berada dalam proses untuk dikeluarkan kepada pengguna awal biarpun masih tiada lagi kriteria rasmi ditetapkan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat