Simpanan Persaraan Bitcoin Lebih Berbaloi Berbanding Wang Fiat! – Senator Lummis

258

Senator Republikan Cynthia Lummis yang merupakan antara penyokong dan pelabur tegar mata wang kripto Bitcoin (BTC) telah menggalakkan rakyat Amerika Syarikat (AS) melabur dalam aset digital tersebut sebagai simpanan persaraan mereka.

Sungguhpun pasaran kripto menghadapi peristiwa pahit dan menjadi penyebab pergerakan harga aset digital termasuk syarikat exchanger musnah dalam sekelip mata, Lummis tetap yakin dengan pelaburannya dalam BTC.

Sementara itu, BTC yang mempunyai had maksimum terhad sebanyak 21 juta turut menjadi penyebab Lummis lebih berminat terhadap aset digital tersebut susulan beliau percaya penilaian USD akan lonjak lagi.

Lummis berpandangan rancangan beliau untuk menambah BTC dalam pelan 401(k)* akan membawa kejayaan pada masa hadapan.

*Pelan simpanan persaraan yang ditawarkan oleh kebanyakan majikan Amerika yang mempunyai kelebihan cukai untuk penabung

Namun perlu diingatkan juga bahawa terdapat segelintir ahli politik AS yang kurang menyetujui dengan pandangan Lummis tentang pelaburan dana persaraan dalam BTC, antaranya adalah Senator Warren yang mempersoalkan keputusan Fidelity.

Hal ini berikutan kerana keputusan berikut ingin membenarkan para pelabur masuk sejumlah BTC dalam pelan itu, tetapi Warren berpendapat aset digital itu adalah perjudian semata-mata kerana ia mampu risikokan berjuta-juta simpanan persaraan rakyat AS.

Dilaporkan juga bahawa Lummis akan berbincang bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) berkaitan bil kripto yang mampu memberi perlindungan kepada pengguna serta menetapkan piawaian percukaian.

Ditegas beliau, pegawai harus memainkan peranan penting dalam mengembangkan mata wang digital seperti BTC ekoran dolar AS bila-bila masa sahaja akan kehilangan nilainya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat