Sterling Kembali Memantapkan Kedudukan dalam Sesi Ini

36

Sterling kembali memantapkan kedudukan selepas komen dari Theresa May sebelum ini telah menghantar matawang tersebut ke tahap terendah dalam tempoh 2 bulan. US dollar juga tergelincir ari paras tertinggi yang dicatat baru-baru ini berbanding Yen berikutan permintaan terhadap safe-haven asset tersebut.

Pound menokok 0.1 peratus selepas tenggelam serendah $1,2125 pada hari Isnin ke tahap yang paling rendah sejak 28 Oktober lalu. Penurunan ini berikutan kenyataan May yang tidak berminat untuk mengekalkan keahlian dengan Kesatuan Eropah.

Komen beliau juga telah menyebabkan kebimbangan pasaran terhadap kesan yang bakal diperoleh selepas keluar dari Kesatuan Eropah.

Beliau juga mengatakan bahawa kawalan sempadan akan lebih diutamakan berbanding dengan akses penuh pasaran.

Menurut penganalisis pasaran di Sony Financial Holdings, “hard Brexit” telah menyebabkan kebanyakan pelabur lari dari risiko.

Dalam masa yang sama, US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar telah jatuh lebih banyak kepada 101.60. Indeks ini menjunam lebih 0.6 peratus kepada 115.365 Yen.

Sementara itu, Donald Trump yang bakal mengambil alih jawatan secara rasmi pada 20 Januari ini dijadual akan mengadakan sidang akhbar pada hari Rabu.

Euro pula terbang sebanyak 0.4 peratus kepada $1,0617 selepas menyentuh paras terendah bagi tempoh 14 tahun minggu lepas.

Presiden Fed Atlanta iaitu Dennis Lockhart juga mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk menilai bagaimana dasar fiskal yang bakal diguna pakai di dalam pentadbiran Trump mampu mengubah ekonomi.

Emas Melonjak Tinggi Selepas Mendapat Berita Gembira dari China!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat