Presiden Lockhart Menjangka Kenaikan Kadar Faedah US Pada 2017

44

Dalam ucapannya pada Isnin, Presiden Federal Reserve di Atlanta mengatakan kitaran pemulihan pasaran pekerjaan sejak krisis kewangan 2008 sudah selesai.

The Federal Reserve (Rizab Persekutuan US) hampir mencapai sasaran gunatenaga penuh (full-employment) dan inflasi. Beliau menjangkakan pertumbuhan ekonomi meningkat 2% setiap tahun. Manakala sasaran inflasi 2% boleh dicapai pada tahun ini atau 2018.

Dalam jangka pendek, beliau menjangkakan kadar faedah akan meningkat secara berperingkat dan bank pusat boleh memberi tumpuan kepada struktur ekonomi selepas ini.

Selain itu, beliau berpendapat adalah terlalu awal untuk mengatakan kesan polisi dari pentadbiran baru US, kepada ekonomi, dan beliau sendiri tidak memasukkan faktor perubahan polisi ini di dalam ramalannya.

Walaubagaimanapun, Lockhart tidak menyatakan secara spesifik berapa kali kadar Fed Fund Rate (kadar faedah) akan dinaikkan dalam jangkaannya pada 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat