Syarikat Pertukaran Matawang Crypto Dan Perbankan Korea Selatan Menjalin Kerjasama

652

Kerajaan Korea Selatan telah mengumumkan bahawa 6 bank utama Korea Selatan akan berkerjasama dengan pihak kerajaan bagi mengawal selia pasaran matawang crypto. Perbankan yang terlibat akan menyediakan perkhidmatan kepada pertukaran matawang crypto bermula akhir bulan ini.

Di bawah sistem yang baru, kerajaan mahukan segala maklumat pengguna platform pertukaran matawang crypto dikongsi dengan pihak bank yang terlibat.

Baru-baru ini Korean Financial Services Commission (FSC) telah mengeluarkan kenyataan bahawa ” kerajaan telah mengeluarkan pelan terbaru yang memerlukan syarikat pertukaran matawang crypto berkongsi maklumat transaksi pengguna dengan pihak perbankan.”

Sistem yang akan dilaksanakan nanti akan menggantikan sistem yang diguna pakai sekarang. Sistem yang sedia ada yang membolehkan perdagangan matawang crypto dilakukan tanpa pendedahan indentiti akan ditamatkan.

6 perbankan komersial yang akan terlibat ialah Nonghyup Bank, Industrial Bank of Korea, KB Kookmin Bank, dan Shinhan Bank. Pengamalan sistem baru akan mula diguna pakai pada 30 Januari 2018.

Walaubagaimanapun, menurut salah sumber, perkhidmatan terbaru ini disasarkan pada akaun pengguna sedia di platform pertukaran matawang crypto. Manakala pembukaan akaun baru akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Objektif perkenalan sistem ini adalah bagi mengatasi masalah pengubahan wang haram. Dalam masa yang sama, Financial Intelligence Unit (FIU) juga sedang menyiapkan panduan berkenaan matawang crypto.

6 perbankan Korea Selatan akan mendukung transaksi matawang digital dalam sistem mereka dan dijangka akan menubuhkan sistem deposit dan withdrawal bagi membolehkan pertukaran ke dalam matawang digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat