Tak Jadi Buat Bursa Kripto, Rusia Ada Idea Lagi Hebat!

790

“Mungkin Rusia rasa pelan ni lagi berbaloi daripada tubuhkan bursa kripto nasional.”

Susulan membatalkan rancangan untuk menubuhkan bursa mata wang kripto nasional, pihak berkuasa Rusia kini sedang berada dalam proses mencipta garis panduan baharu untuk diikuti oleh syarikat, kata Anatoly Aksakov, iaitu ketua jawatankuasa Duma Negeri di pasaran kewangan.

Sudah diketahui bahawa bursa kripto mungkin akan mengalami sekatan tertentu sekiranya perniagaan mereka dipermudahkan dalam penyelesaian rentas sempadan.

Pun begitu, Aksakov sungguh yakin pengenalan peraturan baharu tersebut bakal memberi pelbagai kelebihan kepada ramai pihak seperti memberi peluang kepada organisasi yang baru muncul dan memudahkan penggunaan kripto di Rusia.

Selain Bank Pusat dijangkakan akan mengambil alih peranan mengawal selia operasi bursa kripto, peraturan tersebut juga mungkin tertakluk dalam draf undang-undang berkenaan rejim undang-undang eksperimen.

Menurut Oleg Ogiyenko, pengarah perhubungan kerajaan di BitRiver menyatakan bahawa pendekatan itu dapat menangani kebimbangan mengenai penguasaan pasaran dan meminimumkan risiko berhubung sekatan serta serangan siber ke atas infrastruktur.

Tambahnya lagi, keperluan khas juga perlu diperkenalkan kepada bursa kripto asing yang ingin beroperasi di dalam Persekutuan Rusia supaya keselamatan pelanggan Rusia dan maklumat mereka sentiasa dilindungi.

Suka dimaklumkan bahawa BTC melonjak sebanyak 2.02% apabila berita berikut dikeluarkan, namun harganya menyusut semula sekitar 0.75% pada paras $27,794 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $538 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat