Telegram Nak Tubuhkan Platform Exchanger Kripto Sendiri!

227

Demi memperkembangkan lagi perkhidmatannya, pengasas Telegram, Pavel Durov bakal melancarkan produk mata wang kripto decentralized berkaitan exchanger kripto mahupun wallet non-custodial* dalam tempoh terdekat ini.

*sejenis wallet blockchain yang membolehkan seseorang individu menyimpan asetnya sendiri

Pembaharuan tersebut dibuat agar pasaran kripto dapat dibangunkan kembali daripada peristiwa pahit ditimpa baru-baru ini berikutan krisis FTX yang mengakibatkan berjuta pengguna termasuk pelabur turut menerima tempias, ulas Durov.

Tambahnya lagi, Telegram berhasrat wujudkan aplikasi decentralized yang pantas dan mudah digunakan agar kebanyakan individu berpuas hati dengan perkhidmatannya dan tidak dilupakan juga mengelakkan industri blockchain daripada centralization.

Namun, beliau meluahkan kekecewaannya apabila kebanyakan syarikat exchanger kripto telah tersasar objektif penubuhan mereka yang sepatutnya menggalakkan decentralized berbanding centralized.

Berbalik kepada penerangan asal, Durov telah menubuhkan platform lelongan decentralized yang digelar Fragment dalam tempoh 5 minggu dengan hasil bantuan 5 individu termasuk dirinya sendiri.

Diperjelaskan lagi, beliau telah mendirikan Fragment berdasarkan The Open Network atau lebih dikenali sebagai TON, iaitu platform blockchain yang ditubuhkan oleh Telegram bagi menghoskan aplikasi popular dengan pantas dan efisien.

Pada sisi berbeza, FTX dilaporkan telah memfailkan prosiding kebankrapan baru-baru ini, namun keadaannya semakin terkesan apabila terdapat pihak yang menggodam FTX berpangkalan di Bahamas dan mencuri sejumlah kripto bernilai $600 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat