Terbangun Dari Tidur, ICP Kembali Bergema Dalam Pasaran Kripto!

549

Internet Computer Protocol (ICP) setelah sekian lama tidak bergema berita tentangnya, kini kripto ICP kembali menjadi topik yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini dengan mata wang kripto ICP, mencatatkan kenaikan sebesar 222% dalam sebulan yang terakhir. Dalam tempoh 24 jam terakhir, harga ICP melonjak sebanyak 15%, melebih paras harga $15 sebelum jatuh kembali kepada $14.32.

ICP dilihat semakin mendapat perhatian apabila harganya melonjak sebesar 70% hanya dalam seminggu terakhir. Dalam masa yang sama berjaya mengalahkan Shiba Inu (SHIB) sebagai kripto yang berada di tangga ke-17 berdasarkan market cap.

Nilai ICP tidak sepenuhnya terikat pada turun anik harga Bitcoin; sebaliknya, nilai asasnya dipengaruhi oleh berbagai utiliti. Antaranya kemampuan untuk melakukan staking melalui Network Nervous System (NNS). NNS, yang berfungsi sebagai DAO untuk blockchain Internet Computer, memberdayakan pengguna untuk terlibat dalam sistem governance terbuka dengan melakukan staking token utiliti ICP dalam neuron. Melalui sistem ini, peserta dapat memberikan sumbangan pada proposal yang diajukan untuk menentukan keputusan penting.

Volatiliti dalam ICP meningkat lebih banyak dalam seminggu terakhir ini terutama dalam 24 jam terakhir. Ia dilihat kemungkinan  didorong oleh kenaikan jumlah perdagangan sebesar 135,0%. Selain itu, jumlah unti yang beredar ICP telah meningkat sebesar 1,08% selama seminggu, menunjukkan bahwa lebih banyak token tersedia, yang mungkin memberikan tekanan ke bawah dalam harganya.

Menurut pedagang kripto Flying High, Internet Computer (ICP) berpandangan breakout terbaru di atas $14 dalam skala mingguan adalah perkembangan positif, dengan minat pembelian yang tertumpu pada paras dagangan $10–11.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat