Tergempar! Ini Firma Korporat Pertama Nak Beli 24,800 Unit BTC!

943

“Hmm agaknya harga BTC akan terima impak positif tak disebabkan pembelian Nilam Resources?”

Nilam Resources, firma pemegangan pelaburan Amerika Selatan yang sedang membuat pivot penting ke dalam ekosistem Bitcoin (BTC) didapati rancang menyuntik $1.7 bilion bagi membeli 24,800 unit mata wang kripto tersebut.

Sebagai perniagaan yang memiliki kepentingan pelaburan berbeza, Nilam Resources memfailkan Surat Niat (LOI) bersama Xyberdata Ltd untuk membeli 100% saham biasa firma Special Purpose yang akan ditubuhkan di bawah nama MindWave dan memegang 24,800 BTC ingin diperolehnya.

Bagaimanapun, aset digital seperti dinyatakan oleh Nilam Resources tidak dikhususkan HODLing sebaliknya ia akan berfungsi sebagai cagaran bagi mengumpul dana untuk pelaburan dalam projek yang mempunyai hasil tinggi.

Suka dimaklumkan Nilam Resources kini memecahkan rekod sebagai firma korporat pertama yang melaburkan modalnya ke dalam pelaburan BTC sebagai aset asas, di mana pendekatannya sejajar dengan strategi mereka untuk suntik tunai ke dalam inovasi bernilai tinggi.

Rancangan besar Nilam Resources untuk entiti baharunya dipanggil MindWave yang disokong BTC mungkin juga melibatkan penyenaraian awal dalam jangka panjang.

Selain itu, Nilam Resources telah memberi perhatian pada kemas kini tentang MicroStrategy diasaskan Michael Saylor yang sungguh percaya BTC boleh bantu mengatasi stagnancy emas dan kemerosotan mata wang fiat.

Jadi di sini dapat dilihat berita pengumpulan tersebut mungkin menyumbang pada membangkitkan pemulihan dalam harga BTC yang meningkat 7.2% untuk didagangkan di atas paras $71,000 daripada $63,813 pada 24 Mac 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat