GBP/USD – Lepas Parah Terjun, Harga Pulih Semula Atas $1.2600

188

Perubahan arah berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu semalam apabila harga papar pemulihan untuk bangkit dari kejatuhan sebelum ini.

Minggu lalu, selepas berakhirnya mesyuarat Bank of England (BOE) dan FOMC, harga telah menjunam laju sekitar lebih 200 pips ke paras terendah terbaru 5 minggu.

Selain Pound yang papar prestasi suram, US dolar pada penghujung minggu lalu mendapat kelebihan dalam suasana pasaran yang sedikit berisiko dengan kejutan bank pusat Switzerland yang bertindak menurunkan kadar faedah.

Namun pada Isnin semalam, US dolar dilihat bergerak suram dan gagal untuk mengekalkan momentum pengukuhan minggu lalu.

Justeru, harga pada carta GBP/USD mula paparkan peningkatan perlahan semalam sambil pelabur berwaspada menantikan data-data tumpuan yang bakal diterbitkan pada minggu ini.

Jika diperhatikan pada carta GBP/USD minggu lalu, harga telah ditekan hingga ke bawah zon 1.26000, namun penurunan lebih rendah tidak diteruskan.

Sebaliknya di awal minggu semalam harga kembali bergerak di atas paras 1.26000 dan kemudiannya melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.

Pergerakan harga mendatar di paras sekitar 1.26400 ketika dagangan menuju ke penutup sesi New York.

Jika harga berjaya melanjutkan pendakiannya, kenaikan dilihat akan menguji rintangan pada zon 1.27000.

Melepasi rintangan itu akan menambah jangkaan optimis pelabur untuk harga meningkat lebih tinggi menuju pula paras 1.28000.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, akan menjadi amaran sekiranya harga susut di bawah paras 1.26000.

Penurunan lebih rendah boleh berlaku dengan sasaran harga akan beralih ke paras tumpuan berikutnya pada 1.25000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat