Tergempar! Visa Inc Ingin Benarkan Pengguna Lakukan Transaksi Guna Kripto USDC!

802

Visa Inc pada hari ini melaporkan bahawa mereka akan membenarkan penggunaan matawang kripto USDC bagi melakukan transaksi di rangkaian pembayarannya. Berita ini merupakan berita besar untuk pemilik kripto dan menandakan penerimaan matawang kripto dalam industri kewangan utama.

Syarikat tersebut turut memaklumkan bahawa telah melancarkan projek prototaip dengan kerjasama Crypto.com. Visa Inc dalam masa yang sama turut merancang untuk menawarkan lebih banyak pilihan pada tahun ini.

Bitcoin yang merupakan kritpo utama telah melonjak ke paras tertinggi dalam satu minggu susulan laporan tersebut kepada paras harga $58,300. USDC dikenali sebagai stablecoin dimana ia ditambat dengan matawang US dolar.

Langkah yang diambil Visa itu berlaku setelah firma kewangan seperti BNY Mellon, BlackRock Inc dan Mastercard Inc mengorak langkah untuk menggunakan potensi matawang kripto bagi tujuan pelaburan dan pembayaran.

Dalam masa yang sama, CEO Tesla Inc, Elon Musk juga telah menyatakan sokongan dan membenarkan orang ramai membeli kenderaan Tesla dengan menggunakan Bitcoin.

Menurut Cuy Sheffield yang merupakan pengurus kripto di Visa mengatakan bahawa terdapat peningkataan permintaan yang mendadak dari pengguna di seluruh dunia untuk menyimpan dan menggunakan kripto. Rentetan itu Visa mengambil inisiatif ini dengan membina produk yang menyediakan akses tersebut untuk pengguna.

Visa akan menggunakan blochain ethereum bagi membolehkan pertukaran matawang kripto kepada matawang tradisional agar transaksi dapat diselesaikan.

Matawang kripto Ethereum telah melonjak hampir 5% kepada paras harga $1,775.33.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat