Berita Baik Untuk Pemilik IOTA – Ini Sebab Mengapa Kripto IOTA Tiba-Tiba Melonjak!

691

Binance Smart Chain (BSC), yang merupakan rangkaian blockchain berpusat semakin menjadi tapak untuk pelbagai projek di rangkaian blockchain. Hal ini adalah kerana yuran transaksi dan skala yang besar.

Pada hari ini dilaporkan bahawa IOTA kini menjadi platform blockchain terbaru yang dilancarkan di BSC. Dengan kata lain langkah ini akan memperluaskan kecairan token IOTA ke pelbagai rangkaian lain.

Token IOTA dilancarkan di BSC sebagai ‘wrapped version’. Pemegang token utama boleh menukarkan IOTA mereka untuk BEP20 IOTA menggunakan ‘Binance Bridge’.Dengan token BEP20, pemegang dapat mengakses dan ikut serta dalam beberapa protokol pada ekosistem BSC termasuk ‘staking’ dan ‘Defi’.

Dalam masa yang sama, pasukan pengembangan IOTA juga sedang merancang untuk memperluaskan matawang kripto ke rangkaian blockchain lain.

IOTA menggunakan teknologi sendiri iaitu ”Tangle”, teknologi ini berbeza degnan teknologi blockchain. IOTA adalah lejar yang diedarkan secara terbuka yang berorientasikan komunikasi dan pembayaran yang selamat. Berbeza dengan blockchain seperti yang digunakan Bitcoin ialah Tangel tidak mempunyai block iaitu blockless, maka dengan IOTA tiada isu scalability.

Sejak akhir tahun lepas, banyak projek dan pengguna telah meninggalkan rangkaian blockchain kedua terbesar iaitu Ethereum untuk Binance Smart Chain kerana masalah yuran transaksi yang mahal. Baru-baru ini matawang kripto Basic Attention Token (BAT) turut dilancarkan di blockchain BSC dalam bentuk ‘wrapped token’.

Jumlah urus niaga harian di BSC telah mencatat peningkatan yang signifikan melebihi Ethereum. Walaubagaimanapun, jika ETH mampu mengatasi isu yang menjadi halangan maka mungkin dapat disaksiakan jumlah permintaan terhadap blockchain ETH akan meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat