Tersungkur 200 Pips! Mampukah USD/CAD Cemerlang Semula?

218

Kedudukan raja matawang USD nampaknya sedikit tersungkur dek kerana sentimen pasaran kembali pulih (risk-on) apabila kebanyakan pakar mendapati bahawa jangkitan Omciron tidak lah begitu serius.

Aspek berkenaan sama sekali telah pun menyumbang kepada keghairan pasaran untuk meningkatkan permintaan minyak mentah global yang mana ia telah mewarnai dolar Kanada untuk kekal mengukuh.

Namun dalam pada itu, USD juga mungkin mampu untuk memberi kejutan jika dinilai kepada ucapan hawkish yang disampaikan Federal Reserve (Fed) berkaitan langkah tapering yang ingin disegerakan.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD kelihatan kembali mempamer penurunan hampir 200 pips untuk mencecah semula ke zon 1.28000 setelah mencatat paras tertinggi terbaharu.

Yakni harga telah pun berjaya mencatat rekod terbaharu dalam tempoh 13 minggu pada paras sekitar 1.29600 yang mana ia juga merupakan benteng sokongan paling kebal pada tahun 2019 dan 2020 lalu.

Tetapi pergerakan harga di dagangan awal minggu ini (Isnin) tampaknya seakan sedang menghasilkan rentak kenaikan selepas harga telah mula bergerak di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

Faktor ini tentunya secara tidak langsung akan memberi gambaran awal kepada pelabur untuk harga pada carta USD/CAD kembali mempamer kenaikan agresif yang dijangka akan menguji paras 1.28500.

Keupayaan untuk pergerakan harga mencapai semula ke paras 1.28500 itu sama sekali bakal memberi keyakinan kepada pelabur untuk sekali lagi mencuba zon 1.29000 dalam mengekalkan corak uptrend.

Namun sebaliknya zon RBS (resistance become support) 1.28000 berkemungkinan akan terus menjadi tumpuan andai kata harga kembali meneruskan penurunan seperti yang dipaparkan pada minggu lalu.

Penurunan lebih rendah barangkali bakal menekan harga untuk menjejaki semula ke zon RBS 1.27000 dan jangkaan bahawa pergerakan harga mungkin akan mampu susut sehingga zon sokongan 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat