Tumpuan Pasaran Tertumpu Pada Perkembangan Brexit – Matawang GBP Terus Kukuh!

293

Matawang sterling mengukuh ke paras tertinggi 5 1/2 bulan lalu manakala US dolar susut berbanding matawang lain sebelum mencatat pengukuhan semula pada hari Isnin.

Matawang pound telah jatuh daripada paras tertinggi susulan PM Johnson terpaksa menyerahkan surat untuk mematuhi Akta Benn selepas undian ahli parlimen lebih memihak kepada pindaan Letwin yang memaksa beliau untuk memohon penangguhan.

Walaubagaimanapun, kerajaan dikatakan telah merancang untuk membincangkan dan berhujah mengenai perjanjian Brexit yang dicadangkan oleh Johnson dan mengundi sekali lagi pada Isnin, menurut Jacob Rees-Mogg, ketua House of Commons. Hal ini telah memberi sedikit harapan kepada pasaran.

Matawang pound jatuh sebanyak 0.5% sebelum mengukuh semula kepada paras 1.2993 berbanding US dolar dengan pengukuhan sebanyak 0.17% setakat jam 10.50 p.m.

Para penggubal dasar Parti Kesatuan Demokratik (DUP) Ireland Utara yang memegang undian penting mengatakan bahawa mereka tetap dengan pendirian mereka bahawa tidak akan bersetuju dengan perjanjian yang diutarakan.

Goldman Sachs berpendapat bahawa kebarangkalian terhadap no deal Brexit telah berkurangan daripada 10% kepada 5%.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam didagangkan susut sebelum mula mengukuh sedikit sebanyak 0.02 ke paras 97.018 setakat jam 10.50 p.m.

Laporan hari ini menunjukkan bahawa terdapat tanda-tanda perkembangan hubungan perdagangan AS-China. Penasihat Rumah Putih, Larry Kudlow mengatakan bahawa pengenaan tarif yang dijadualkan pada bulan Disember akan dibatalkan jika rundingan perdagangan berjalan dengan lancar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat