Ucapan Powell Buat USD Hilang Arah!

1,050

Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell mengakui bahawa beberapa tekanan inflasi adalah lebih kuat daripada dijangkakan, tetapi, bank pusat tidak akan menarik semula rangsangan hanya disebabkan kebimbangan terhadap inflasi.

Kenyataan Powell ternyata telah menyebabkan kekecewaan buat pelabur US dolar dan mendorong matawang itu susut sehingga 0.2% dan pasaran saham AS meningkat pada sesi sebelum ini.

Pada mesyuarat polisi FOMC minggu lalu, Fed telah memberi isyarat mengenai kenaikan kadar faedah dan pengurangan dalam pembelian bon bulanan yang bernilai $120 bilion pada tahun 2023.

Namun, susulan daripada kenyataan terbaru Powell, ia menunjukkan bahawa Fed tidak akan tergesa-gesa untuk mengetatkan semula dasar mereka.

Menurut Powell, Fed tidak akan menaikkan kadar faedah disebabkan bimbang terhadap berlakunya inflasi. Mereka akan menunggu bukti inflasi sebenar atau ketidakseimbangan lain.

Selain itu, beliau juga menegaskan kembali komitmen bank pusat AS untuk terus menyokong pemulihan dalam pasaran pekerjaan yang luas dan inklusif.

Penyusutan dolar greenback telah memberi peluang kebanyakan matawang utama untuk meningkat lebih tinggi pada sesi New York, namun kenaikan yang dicatatkan dilihat kembali terbatas apabila USD mula mendaki pada sesi Asia hari ini.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan sedikit meningkat pada 91.82.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat