Untung Bersih Jatuh Pada 2022, Apa Nasib Saham PetGas?

245

Saham berkaitan tenaga menjadi tumpuan minggu ini menyusuli terbitan laporan pendapatan suku terakhir 2022.

Petronas Gas Bhd (PetGas) melaporkan penurunan dalam keuntungan bersih pada suku keempat sebanyak 8.86% kepada RM412.55 juta daripada RM452.63 juta setahun lalu.

Walaupun begitu, hasil yang dicatatkan pada suku tersebut meningkat kepada RM1.63 bilion daripada RM1.5 bilion sebelumnya.

Selain itu, prestasi keseluruhan untuk tahun kewangan penuh yang berakhir 31 Disember 2022 juga susut kepada RM1.65 bilion berbanding RM1.99 bilion pada tahun sebelum itu. Namun, jumlah hasil meningkat RM6.16 bilion daripada RM5.65 bilion.

Peningkatan tersebut didorong oleh harga produk yang lebih tinggi daripada segmen utiliti manakala kelemahan dalam keuntungan bersih pula disebabkan bahagian keuntungan yang lebih rendah daripada syarikat usaha sama.

Syarikat itu dalam kajian prestasinya mengatakan bahawa ia mengekalkan prestasi kebolehpercayaan bertaraf dunia di semua loji dan kemudahannya pada tahun 2022.

Ia turut mengisytiharkan dividen sebanyak 22 sen sesaham untuk suku tersebut, turun 10 sen daripada 32 sen sesaham untuk suku tahunan 2021.

PetGas didagangkan merosot sekitar 1.3% pada RM17.50 menjelang penutupan pasaran bursa.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat