Analisis GOLD – Kalau Tembus $1,830, Emas Boleh Jatuh Cecah Sampai $1,800?

595

Harga emas dilihat semakin melanjutkan kejatuhan pada dagangan Rabu semalam sehingga membuatkan para pelabur jadi tak tentu arah.

Namun, situasi tersebut telah dijangka lebih awal berdasarkan penilaian pasaran terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga menyambung penurunan ke paras terendah terbaru 6 minggu semalam.

Namun, setelah memasuki sesi Eropah momentum penurunan dilihat mula perlahan dan harga emas mendatar di atas paras 1830.00.

Pergerakan mendatar tersebut berterusan sepanjang sesi New York.

Menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), harga masih berlegar di atas paras 1830.00, namun masih menunjukkan isyarat pergerakan bearish di mana harga kekal berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

US dolar yang berpotensi untuk mengukuh bakal menekan harga susut lebih rendah di bawah paras 1830.00 sebelum meneruskan penurunan ke paras sasaran 1800.00 pula.

Corak penurunan harga akan terus dijangkakan sekiranya tiada petunjuk untuk perubahan trend.

Sekiranya berlaku lonjakan signifikan harga dan turut melepasi halangan MA50, pelabur akan mula bersedia untuk menyaksikan trend menaik harga emas semula.

Sasaran awal adalah pada rintangan 1870.00 yang dilihat bakal diuji sebelum kenaikan yang berjaya diteruskan lebih tinggi akan mensasarkan pula zon 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat