US Dolar Terus Merosot Menjelang Laporan NFP AS!

715

US dolar dilihat masih mengekalkan prestasi lemahnya sepanjang minggu dengan penyusutan nilai berterusan lagi pada dagangan sesi New York semalam.

Pelabur akan berhati-hati hari ini untuk penutup dagangan minggu ini menjelang terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) malam nanti.

Jika bacaan komponen data yang diterbitkan keseluruhannya adalah suram, akan bakal menambahkan lagi tekanan buat US dolar yang sedang merosot.

Ini akan menyusuli kenyataan dovish yang disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada Rabu dan Khamis semalam di Washington DC bahawa langkah penurunan kadar faedah akan dilaksanakan pada tahun ini.

Walaupun tidak menyatakan waktu untuk pemotongan kadar faedah dilakukan, namun Powell memberi isyarat bahawa perubahan dari dasar yang ketat akan bermula pada tahun ini sambil perkembangan inflasi akan terus diberikan tumpuan.

Pelabur juga meneliti data tuntutan faedah pengangguran AS yang diterbitkan semalam dengan angka menepati ramalan, tidak berubah seperti minggu sebelum ini pada 217,000.

Antara lain yang menjadi tumpuan pada Khamis semalam adalah keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah yang menyaksikan kadar faedah dikekalkan di paras 4.50% seperti dijangkakan.

Euro alami penurunan awal pada reaksi keputusan mesyuarat itu, namun berjaya bangkit semula untuk mecatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu berbanding US dolar.

Presiden European Central Bank (ECB) Christine Lagarde mengatakan bahawa bank pusat tidak membuat perbincangan berkenaan langkah penurunan kadar faedah pada mesyuarat Mac ini.

Euro dilihat masih mempunyai peluang untuk melanjutkan peningkatan nilainya ketika US dolar kekal berterusan merosot.

Begitu juga situasi untuk mata wang utama lain, namun perlu berwaspada untuk sebarang kejutan pada dagangan sesi-sesi akhir minggu ini dengan tumpuan kepada data NFP.

Dagangan emas terus berlegar di paras tertinggi terbaru dalam sejarah dengan rekod ketinggian yang dicapai semalam adalah $2,164.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat