US Dollar Masih Terkesan Dengan Keputusan Mesyuarat FOMC Semalam

56

Yen meningkat pada hari Jumaat menjelang semakan dasar bank pusat yang menjadi tumpuan utama kebanyakan pelabur.

USD/JPY mencatat penurunan sebanyak 1.03%, manakala AUD/USD meningkat sebanyak 0.36%.

USD/JPY, 1 jam
USD/JPY, 1 jam

 

AUD/USD, 1 jam
AUD/USD, 1 jam

 

BoJ dikatakan akan mengumumkan kenyataan dasar monetari dan kadar faedah terbaru dalam satu sesi.

Terdahulu, perbelanjaan isi rumah di Jepun jatuh pada bulan Jun. Data CPI turut merosot sebanyak 0.4% bagi bulan Jun. Sementara itu, pengangguran di Jepun juga menurun ke 3.1% daripada 3.2%.

Juga di Jepun, pengeluaran industrI melonjak 1.9%, sebaliknya jumlah jualan runcit tergelincir sebanyak 1.4% pada bulan Jun.

Di Australia, Indek Harga Pengeluar (PPI) bagi suku ke-2 meningkat 0.1%.

Yen mula meningkat berbanding US Dollar sejak semalam berikutan jangkaan BoJ gagal memenuhi jangkaan pasaran dalam meluluskan langkah-langkah pelonggaran pada hari Jumaat.

Walaupun Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe melancarkan pelan rangsangan bernilai 28 trillion yen, Reuters melaporkan bahawa kerajaan Jepun hanya boleh menyediakan 7 trillion yen sebagai langkah rangsangan fiskal secara langsung. Jika Abe tidak dapat menunaikan janjinya, ekonomi Jepun akan mula melompat kearah inisiatif rangsangan yang lebih luas. BoJ juga akan merasakan tekanan untuk menurunkan lagi kadar faedah.

US Dollar Index, terus merosot sebanyak 0.21%. semalam US Dollar mencatat kerugian apabila masih mencerna keputusan Fed dalam mengekalkan kadar faedah. Namun, Greenback masih meningkat sebanyak 2.43% berbanding yen. Hal ini berikutan bekas Pengerusi Fed, Ben Bernanke menggariskan kesan dasar kewangan helikopter ke atas ekonomi Jepun pada mesyuarat di Tokyo.

Pelabur pasaran tukaran wang asing global terus bertindak balas terhadap keputusan kadar faedah terbabit. Walaupun melaporkan bahawa risiko jangka terdekat bagi prospek ekonomi telah berkurangan, FOMC menjelaskan, peningkatan secara beransur-ansur hanya akan dicapai dalam jangka masa pendek pada bulan-bulan akan datang.

Bagi sebahagian besar pelabur, mereka mentafsirkan kenyataan itu sebagai petunjuk dovish, untuk melambatkan masa kenaikan kadar pada masa akan datang, seawal bulan September. Kumpulan CME menurunkan kebarangkalian bagi kenaikan kadar pada bulan September oleh FOMC.

Sebarang kenaikan kadar oleh FOMC bakal meningkatkan nilai US Dollar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat