US Dollar Mula Mencipta Rentak Untuk Bangkit

38

US Dollar meningkat mengatasi rekod terendah dalam tempoh 7 minggu berbanding matawang lain pada Jumaat berikutan data positif sebelum ini.

EUR/USD merosot 0.17% pada Khamis kepada 1.1367.

EUR/USD 15 minit
EUR/USD 15 minit

Dollar menguat selepas data pada Khamis menunjukkan tuntutan pengangguran awal menurun sebanyak 4,000 kepada 262,000 minggu lalu.

Dalam laporan berasingan, Fed Philadelphia berkata, Indeks Pembuatan meningkat kepada 2.0 bulan ini.

Sebelum ini, Dollar melemah sejurus selepas minit mesyuarat Fed diumumkan.

USD/JPY  meningkat kepada 0.24% selepas mengampiri angka terendah dalam tempoh sebulan pada Khamis.

USD/JPY, 15 minit
USD/JPY, 15 minit

GBP/USD jatuh 0.23% selepas mencanak naik sehingga mencapai nilai tertinggi dalam tempoh 2 setengah minggu.

GBP/USD, 15 minit
GBP/USD, 15 minit

Pound pula mendapat sokongan apabila data pada Khamis dmenunjukkan bahawa jualan runcit meroket melebih jangkaan awal.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Dollar mula melonjak hari ini sebanyak 0.17%.

“Pada Penghujung Hari, Apa Yang Kamu Lakukan Adalah Untuk Diri Kamu Sendiri!”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat