USD Buat Gila Menjelang Mesyuarat Polisi FOMC!

662

Greenback melonjak tinggi selepas diperlihatkan dengan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat yang mencatat bacaan lebih kukuh daripada dijangkakan pada bulan November.

Harga pengeluar AS yang pada mulanya diramalkan menurun kepada 0.5% daripada 0.6%, memaparkan peningkatan lebih tinggi kepada 0.8% pada bulan lalu.

Ini sekali gus menguatkan lagi optimisme pasaran untuk melihat Federal Reserve (Fed) mengumumkan pengurangan pembelian bon dan kenaikan kadar faedah dipercepatkan pada mesyuarat polisi minggu ini.

Laporan ini telah memacu kenaikan matawang gergasi USD lebih tinggi, selepas ia mempamerkan aksi menyuramkan pada sesi Eropah berikutan berita mengenai kadar keberkesanan vaksin terhadap Omicron.

Pfizer-BioNTech melaporkan bahawa dua suntikan vaksinnya memberi 70% perlindungan terhadap kemasukan ke hospital disebabkan Omicron dan 33% terhadap jangkitan di Afrika Selatan.

Syarikat pembuat vaksin itu juga mendedahkan pil eksperimennya, Paxloid, berkesan terhadap Omicron dan varian sebelumnya.

Kebanyakan matawang utama pada awalnya meningkat dengan sokongan daripada laporan positif ini, tetapi kembali menjunam susulan lonjakan US dolar berikutan data PPI yang memberangsangkan.

Euro kembali tenggelam di bawah paras harga 1.1300, sementara matawang pound pula sedikit berubah dengan berlegar di sekitar 1.32300 berbanding dolar greenback.

Menjadi tumpuan pasaran hari ini adalah laporan inflasi UK pada sesi Eropah, data inflasi Kanada, jualan runcit AS serta keputusan mesyuarat polisi FOMC pada sesi New York.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat