USD/CAD Bakal Junam Lebih Rendah Tembus $1.3300?

109

Pelabur memantau pergerakan mata wang dolar Kanada dalam pasaran di penghujung Januari ini setelah kesan reaksi mesyuarat bank pusat Kanada pada minggu lalu.

Bank of Canada (BOC) telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, menunjukkan langkah semakin memperlahankan pengetatan dan bank pusat juga memberi isyarat untuk menghentikan seketika kenaikan kadar faedah selepas ini.

Loonie menyusut selepas keputusan mesyuarat pada Rabu lalu, namun kembali didagangkan baik pada penutup di penghujung minggu.

Menyambung pembukaan pasaran di awal minggu ini, harga minyak mentah didagangkan meningkat dan berkemungkinan menyokong kenaikan nilai US dolar.

Namun pelabur kekal waspada menjelang mesyuarat OPEC yang akan berlangsung pada Rabu nanti yang boleh memberi impak terhadap pasaran minyak mentah global.

Turut sama menjadi tumpuan minggu ini adalah mesyuarat FOMC dan juga laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan mempengaruhi mata wang US dolar.

Meneliti pergerakan harga bagi carta pasangan mata wang USD/CAD, lonjakan harga ketika mesyuarat BOC minggu lalu menyaksikan kenaikan terhalang di zon rintangan 1.34000.

Namun, US dolar yang gagal mengukuh menarik harga turun semula ke bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam carta USD/CAD mencetus semula isyarat bearish.

Penurunan berlaku semula di bawah zon 1.34000 sehingga mencecah ke paras support 1.33000 di penghujung sesi terakhir minggu lalu.

Membuka dagangan di awal minggu ini di sekitar 1.33000 itu, harga sedikit meningkat namun kekal bergerak di bawah paras halangan MA50 pada sesi Asia.

Corak penurunan bakal diteruskan jika harga susut melepasi paras support 1.33000 untuk menyambung pergerakan trend bearish.

Penurunan lanjut harga boleh mencecah sehingga sekitar 1.32000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 bulan.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula minggu ini, kenaikan dilihat akan menguji kembali rintangan pada zon 1.34000.

Dan kenaikan yang diteruskan bakal mencapai semula zon tumpuan pada 1.35000 sebelum ini selepas petunjuk perubahan trend.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat