USD/CAD Kekal Pamer Trend ‘Bullish’ Sepanjang Minggu

556

Setelah mencapai paras ketinggian terbaru pada minggu ini di sesi Eropah semalam, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD mula dilihat susut semula pada sesi New York.

Mata wang dolar Kanada dipacu oleh ketidaktentuan sentimen pasaran minyak yang tertumpu kepada rancangan pengurangan pengeluaran minyak oleh oleh Arab Saudi serta bekalan inventori minyak di Amerika Syarikat (AS) yang rendah mengimbangi risiko penurunan permintaan.

Arab Saudi bakal memulakan pengurangan pengeluaran sebanyak 1 juta tong sehari pada Februari dan Mac ini.

Bersambung pada dagangan sesi Asia hari ini, harga mula menunjukkan peningkatan semula ke paras ketinggian 1.28800 yang dicapai semalam.

Harga yang juga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga masih memberi isyarat trend bullish.

Namun jika US dolar kekal bergerak susut pada sesi berikutnya, harga boleh menjunam semula menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.27800.

Penurunan lebih rendah akan ke zon harga 1.26700 sebelum ke zon support 1.26000 yang lebih rendah.

Sebaliknya jika harga kekal meneruskan kenaikan, paras ketinggian 1.29000 dilihat akan dicapai sebelum harga kembali semula ke zon tumpuan di bawah paras 1.30000.

Pelabur juga akan berwaspada untuk dagangan Loonie menjelang laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kanada untuk bulan November 2020 yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat