USD/CAD Kembali Catat Kenaikan Selepas Penurunan Harga Pada Sesi Asia

327

Harga minyak mentah mengukuh pada Jumaat berikutan unjuran permintaan minyak pada tahun hadapan yang dikeluarkan oleh OPEC meningkatkan kembali keyakinan pasaran.

Harapan adalah kumpulan pengeluar minyak dan rakan kerjasamanya akan membincangkan pengawalan bekalan serta polisi pengeluaran ketika pertemuan pada bulan hadapan.

Turut menyokong kenaikan harga minyak mentah adalah komen positif Penasihat Ekonomi White House, Larry Kudlow yang menyatakan rundingan dagang Amerika Syarikat dan China semakin hampir ditandatangani.

Faktor kenaikan harga minyak telah mendorong dagangan dolar Kanada untuk mengukuh menuju dagangan penghujung minggu.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD, harga telah mencatatkan penurunan pada sesi Asia hari ini menyambung penurunan harga pada sesi sebelumnya.

Harga yang bergerak rendah dari garisan halangan Moving Average 50 (MA50) telah turun menguji zon support sekitar 1.32200.

Namun, harga kembali menunjukkan kenaikan semula berikutan dagangan dolar Amerika Syarikat mula mendapatkan momentum pengukuhan.

Hal ini adalah susulan kenyataan oleh Federal Reserve (Fed) yang menyatakan selesa dengan kadar faedah dan polisi monetari semasa serta yakin terhadap pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Harga kembali membuat kenaikan menguji garisan MA50 untuk cuba kembali meneruskan kenaikan menuju zon resistance pada 1.32700. Paras ketinggian tersebut diuji dua hari sejak Rabu lalu namun harga gagal melepasi kenaikan ke paras lebih tinggi.

Jika harga berjaya menembusi zon resistance tersebut, harga berkemungkinan menuju paras 1.33000 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Namun jika harga kembali menyambung penurunan pada sesi Asia hari ini, penurunan akan melepasi zon support 1.32200 menuju paras tumpuan pada sekitar 1.31900 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat