USD/CAD Mampu Cecah 120 Pips Kenaikan Jika Berjaya Breakout Resistance 1.34000

372

Matawang dolar CAD mengukuh pada dagangan New York semalam sejurus data inflasi dikeluarkan dengan mencatatkan bacaan 0.7% seperti jangkaan pasaran dan juga data terdahulu.

Dagangan pada pasangan matawang USD/CAD telah membuat penurunan sehingga hampir menyentuh paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Namun, harga kembali pantul semula membuat kenaikan sebelum pergerakan harga mendatar di penghujung sesi New York.

Jangkaan dagangan Loonie akan lebih berisiko selepas laporan dovish oleh bank pusat Kanada. Para penganalisis pasaran berpendapat Bank of Canada (BOC) akan terus mengekalkan dasar monetari sedia ada dan berkemungkinan kadar faedah tidak akan berubah sehingga awal tahun 2020.

Kadar faedah dijangka kekal di paras 1.75% oleh bank pusat pada mesyuarat dasar pada 24 April ini. Kadar pertumbuhan GDP Kanada juga diunjurkan kepada sekitar purata 1.6% tahun ini dan 1.7% untuk tahun hadapan, berkurangan daripada kadar 1.8% yang dijangkakan untuk kedua-dua tahun tersebut pada tinjauan Januari.

Dagangan USD/CAD pada sesi pasaran Asia pagi ini dilihat mendatar dengan kedua-dua dagangan USD dan CAD seimbang. Kedua-dua matawang ini akan menunggu data jualan runcit di Amerika Syarikat dan juga Kanada yang akan dikeluarkan bersama pada jam 8.30 malam ini.

Jika harga membuat kenaikan lebih tinggi, jangkaan paras resistance pada 1.3400 akan diujji semula untuk harga mencari paras ketinggian semasa yang baru berkemungkinan menuju ke paras resistance pada 1.3482 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Kenaikan tersebut boleh mencapai sekitar 120 pips pergerakan harga dari paras semasa pada 1.33600.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 1.33000 akan menjadi tumpuan harga untuk menguji zon support tersebut. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, penurunan harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.3187 (MagicS3) dengan mencatatkan sekitar 170 pips pergerakan harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.3285, 1.3231, 1.3187.

Paras resistance: 1.3383, 1.3427, 1.3482.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat