USD/CAD Surut Dari Paras $1.3200 Selepas BOC Naikkan Kadar Faedah Lebih Agresif

150

Dolar Kanada didagangkan kukuh pada sesi New York semalam dengan tumpuan pelabur terarah kepada keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat Kanada.

Menepati ramalan, Bank of Canada (BOC) telah meningkatkan kadar faedah lebih agresif sebanyak 75 mata asas dari paras 2.50% kepada 3.25% dalam usaha memerangi lonjakan harga.

Ini telah mendorong pengukuhan bagi mata wang dolar Kanada dalam pasaran yang memanfaatkan situasi penyusutan semula US dolar dalam pasaran.

Pun begitu, pelabur kekal berhati-hati terhadap pengukuhan dolar Loonie itu berikutan kejatuhan harga minyak mentah dalam pasaran bakal menghadkan prestasi cemerlang yang dipaparkan semalam.

Pelabur juga berwaspada menjelang laporan data pekerjaan Kanada yang bakal diterbitkan pada Jumaat esok hari sebagai penutup tirai dagangan penghujung minggu ini.

Meneliti pergerakan harga di carta pasangan mata wang USD/CAD, harga dilihat menguji paras rintangan pada 1.32000 semalam dan seperti situasi minggu lalu, harga masih gagal menembusinya dan kembali pamerkan penurunan semula.

Penurunan harga sehingga di penghujung sesi New York hampir mencecah paras 1.31000 setelah isyarat perubahan trend bearish kembali dinilai selepas harga susut semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD.

Menyambung dagangan pada Khamis, harga masih lagi berlegar di atas zon RBS (resistance become support) 1.31000 sehingga dagangan di sesi Eropah.

Penurunan lebih lanjut boleh dijangkakan selepas harga melepasi bawah zon RBS tersebut dengan sasaran untuk menuju sehingga ke sekitar 1.30000.

Untuk penurunan lebih rendah, zon 1.29000 pula dilihat akan menjadi tumpuan sekiranya US dolar terus didagangkan lemah berbanding Loonie.

Sebaliknya, jika harga berjaya dilonjakkan kembali, rintangan pada paras ketinggian 1.32000 sekali lagi akan diuji sehinggalah harga berjaya menembusinya.

Paras ketinggian terbaru 2 tahun akan dicatatkan untuk kenaikan yang diteruskan dengan sasaran untuk mencapai sehingga 1.33000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat