Ini Mungkin Jadi Punca Terbesar Kejatuhan Nilai Bitcoin!

476

Bitcoin (BTC), mata wang kripto terbesar di dunia telah jatuh mencecah paras harga $18,600 dalam tempoh dagangan 3 bulan yang terbaru ini.

Walaupun pasaran menunjukkan sedikit lantunan harga semalam, tetapi penjualan besar-besaran telah berjaya menggegarkan pasaran mata wang kripto secara global.

Menurut pakar, bilangan whales yang mendepositkan BTC mereka di bursa telah meningkat dengan mendadak apabila data menggambarkan sekitar 90% deposit di bursa adalah daripada whales.

Pada waktu yang sama, Ki Young Ju, Ketua Pegawai Eksekutif Cryptoquant menyatakan bahawa sekitar 15,000 BTC telah dipindahkan dalam tempoh sepuluh hari, manakala sebahagian daripadanya dihantar ke bursa kripto Kraken.

Dalam satu laporan juga, BTC dinilai berlegar di paras harga $20,000 minggu ini di mana paras tersebut merupakan zon harga tertinggi BTC pada tahun 2017.

Harga BTC turun sekitar 6% dalam tempoh 24 jam yang lalu dan sebelum penurunan harga BTC, nisbah whales telah melonjak dengan tinggi termasuklah membuatkan whales mendepositkan BTC di bursa secara aktif.

Tambahan daripada itu, pasaran sedang menunjukkan corak bearish walaupun nisbah tersebut masih tinggi dan meningkat.

Kini, BTC didagangkan pada harga purata $18,754, bagaimanapun volum dagangan 24 jam telah melonjak 10% kepada $39.9 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat