USD/CAD Turun Lebih Rendah Disokong Sentimen Pasaran Minyak

361

Sentimen pasaran minyak mentah yang kembali pulih telah mendorong peningkatan pada nilai dagangan dolar Kanada dalam pasaran di mana emas hitam itu menjadi eksport utama Kanada.

Harga minyak mentah telah meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih 1 tahun berikutan faktor jangkaan pemulihan terhadap permintaan bahan bakar tersebut.

Berbanding US dolar yang lemah, dolar Kanada berjaya pamerkan pengukuhan di awal minggu seperti penurunan harga yang dilihat pada carta pasangan mata wang USD/CAD.

Penurunan harga sebenarnya sudah dilihat lebih awal pada penghujung minggu lalu dari zon 1.28300 kembali semula di bawah paras 1.27800.

Pada dagangan semalam, harga berlegar pada zon tersebut dan selepas menguji paras 1.27800, harga membuat penurunan lebih rendah menutup dagangan di bawah paras 1.27400.

Pergerakan harga yang berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menjadi petunjuk untuk trend bearish harga di awal minggu ini.

Bersambung pada dagangan Selasa, harga semakin meneruskan penurunan lebih rendah dan dilihat menuju zon tumpuan di bawah paras 1.27000.

Penurunan lebih rendah melepasi zon harga tersebut akan mendorong harga menuju pula ke zon tumpuan 1.26300 sebelum ini.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras 1.27800 akan kembali menjadi tumpuan untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Kenaikan lebih tinggi akan melihatkan harga kembali semula ke paras-paras penting sebelum ini sekitar 1.28300 dan juga resistance 1.28700.

Pantau perkembangan pasaran minyak mentah yang mempengaruhi dagangan mata wang dolar Kanada pada minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat