USD/JPY Cemerlang Minggu Ini, Harga Makin Terapung Naik

157

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang safe-haven USD/JPY dilihat menyambung corak bullish yang telah dipaparkan pada penghujung minggu lalu.

Di awal minggu, harga bergerak mendatar dahulu sebelum kenaikan diteruskan pada Selasa semalam dan hari ini (Rabu).

Pada minggu lalu, harga dilihat telah berjaya melonjak semula melepasi rintangan pada zon 135.00.

Mendatar di 136.00 sepanjang Isnin lalu, harga telah melonjak lagi semalam ke paras ketinggian 136.600.

Lonjakan berlaku di sesi New York semalam setelah harga pada mulanya menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.

Beberapa faktor dalam pasaran dilihat masih menyokong US dolar untuk mengukuh sehingga menuju dagangan penghujung minggu ini selain isu siling hutang di Amerika Syarikat (AS).

Selain hasil perbendaharaan 10 tahun AS yang meningkat ke paras tertinggi 2 minggu, data jualan runcit AS yang diterbitkan semalam turut menunjukkan peningkatan positif bagi bacaan bulan April.

Justeru, pelabur menyaksikan peningkatan harga diteruskan lagi hari ini menuju ke paras tumpuan 137.00.

Ketinggian 137.700 yang telah dicapai pada awal Mei lalu berkemungkinan akan menjadi sasaran untuk diatasi harga sebelum paras ketinggian baru akan dicatatkan.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah menuju sekitar zon 139.00 pula untuk rekod tertinggi harga sejak November 2022.

Namun jika harga mula menunjukkan corak penurunan semula, susut di bawah paras sokongan MA50 akan menjangkakan perubahan trend bearish buat harga.

Zon 135.00 akan kembali dituju untuk diuji semula dan jika ditembusi, penurunan akan diteruskan menuju zon support pada 133.700.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat