Justin Sun Tuduh Abang Pengasas Huobi Terima Berjuta-Juta HT!

133

“Mana adil, takkan dia terima berjuta-juta HT secara perjuma je.”

Pengasas Tron Justin Sun mendedahkan bahawa Li Wei, iaitu abang kepada Leon Li yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Huobi telah menerima berjuta-juta Huobi Token (HT) secara percuma semasa pengedaran awalnya.

Rentetan itu, jawatankuasa Huobi, bertanggungjawab untuk tadbir urus dan membuat keputusan dalam komunitinya telah mengorak langkah menangani perkara yang Sun gambarkan sebagai ketidakseimbangan dalam pengagihan token.

Dilaporkan bahawa jawatankuasanya berhubung dengan Li Wei secara langsung untuk membincangkan bayaran balik dan mengatur pemusnahan HT masih dimiliki beliau.

Suka dimaklumkan harga HT melonjak sebanyak 3.16% pada $2.95 sejurus selepas Sun menegaskan tindakan yang dilakukannya didorong oleh prinsip keadilan dan ketidaksamaan untuk komuniti aset digital tersebut.

Terdahulu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) pada Mac 2023 telah mengenakan beberapa pertuduhan terhadap Sun atas kesalahan menjual Tron (TRX) dan BitTorrent (BTT) secara tidak berdaftar.

Selain itu, Sun juga didakwa melanggar peraturan anti-penipuan dan manipulasi pasaran tetapi menafikan semua pertuduhan tersebut dan menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak menjual saham Huobi.

Walaupun jawatankuasa Huobi telah mendedahkan rancangannya, butiran tambahan berkenaan tindakan khusus, proses rundingan ataupun garis masa untuk penyelesaian sehingga kini masih tidak disediakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat