USD Kembali Bernafas, Apa Dah Jadi?

1,576

US dolar kembali mencatatkan pemulihan untuk bangkit dari paras terendah 2 bulan ketika pasaran kini bersiap sedia untuk penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Terdahulu pada sesi New York, laporan pekerjaan ADP dan data PMI perkhidmatan ISM terus menunjukkan kelemahan dalam ekonomi AS ekoran bacaan menyuramkan.

Pada bulan Mac, sebanyak 145,000 pekerjaan telah ditambah dalam sektor swasta, menurun daripada rekod sebelumnya yang meningkat 261,000 pekerjaan.

Sementara sektor perkhidmatan AS pula berkembang pada kadar yang perlahan pada bulan lalu, dengan menyusut kepada 51.2 daripada 55.1 sebelumnya.

Kelemahan ini telah menimbulkan kebimbangan baharu terhadap kemelesetan ekonomi AS, menyebabkan pasaran saham dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun merosot.

Berbeza pula dengan US dolar yang meraih kekuatan untuk meningkat semula daripada kejatuhan terdahulu. Namun, kenaikan ini dijangka hanya sementara memandangkan tiada faktor kuat yang menyokong raja mata wang itu.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan meningkat pada sekitar harga 102 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Beralih ke pergerakan mata wang lebih luas, euro terus berundur lebih jauh dari puncak ketinggian 2 bulannya untuk didagangkan pada sekitar harga 1.0898 pada sesi Asia.

Mata wang pound juga sedikit menyusut, tetapi penurunan yang dicatatkan adalah terhad dengan harga masih berlegar pada sekitar paras tertinggi 10 bulan berbanding USD.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan mendatar dengan kiwi masih mengekalkan keuntungan pada paras tertinggi 7 minggu susulan keputusan polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ).

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat